Sunday, February 26, 2012

Untuk awak dan awak yang saya sangat cintai

Dalam hidup saya, saya pernah mengenal cinta yg amat kuat cuma baru 2 kali.
Tahu x, saya dah 4 tahun single.

Dalam 4 tahun tu saya pernah kembali bersama 2 org yg ajar saya apa itu cinta.
Or at least that's what I thought with one of them.

Lelaki pertama yg sy kenali, menyayanginya tanpa saya rancang.
Sungguh sy xgemar sebulan dua mengenalinya dari jauh.
Siapa sangka, sebab Powerpuff Girls; semua nampak jelas dan nyata.
I fall hard, we fell quickly.

Dia yg ajar sy manusia tu mmg ada banyak baik dan buruknya.
Dan mcm mana buruknya org tu, kalau kita sayang,  gaduh mcm mana pun, konon kata benci -- kita bole lupakan mcm tu je.
Kadang tak ingat langsung bergaduh tu
Kawan paling baik saya.

Yang xkisah korek idung kentut bersama.
Yang saya lapkan air liur basi kalau2 dia tertidur.
Yang saya suapkan fries bila dia memandu.
Yang sentiasa ada inside jokes antara kita.
Yang kepala gila2. Yang saya tahu apa di fikirannya.
Yang saya mampu habiskan ayat/lawaknya sebelum dia sempat.
Kawan yang macam itulah.

Saya ini banyak celanya.
Saya cepat marah, angin naik, kepala, slalu mengungkit. I
tu; tidak syak lagi memang salah saya.
Saya kdg ungkapkan kata menyesal bersama dia, ungkitkan waktu yang tersia.
Saya tahu; memang salah saya.
Saya panas, awak degil.
Siapa mahu beralah antara kita?

Yang manja mengada xtentu pasal.
Yang super emo. Yang selfish.
Semua itu saya.
Silapnya, cuma saya saja berkira ini biasa.
Sedang dia memendam rasa.

Ah, kan baik kalau dia beritakan apa di dada.
Lalu hubungan 5 tahun setengah itu terputus begitu sahaja.
Tapi saya degil, masih cuba berusaha menjalin semula. Gagal. Bawa haluan diri.

Dan saya jumpa yang kedua.
Kamu yang terlalu baik, sampaikan saya takut dan samar apa maksud di sebalik kebaikan ini.
Gila kan saya?

Pertama kali berjumpa orang yang faham saya ini mudah dikawal emosi, mudah dipengaruhinya.
Maka dia bijak menyusun langkah, agar amarah saya tidak ketara.

Betapa sabarnya dengan dia saya.
Betapa diambil berat peri diri saya.
Betapa saya diletak paling utama.
Betapa dia usaha, betapa dia sungguh.
Betapa dia ingat perkara2 tentang saya, tentang kita; tentang kami.
Tapi sayang, entah mengapa hati saya bodoh.
Masih teringat kekasih lama.
Terus mencuba nasib dan tanpa disangka cubaan saya mengena.

Lalu, yang setia sayang merindu itu saya pinggirkan tanpa sebab yang kukuh
Dan saya biarkan hati yang suci itu luluh.
Lalu masuk cerita saya dan peluang kedua.

Betapa saya diberikan peluang kedua tetapi salah menggunakannya.
Bila diberi peluang dengan kekasih pertama; sungguh saya cuba berubah.
Lebih mendengar dan memahami.
Tidak memaksa. Belajar lebih hormati dia.
Belajar santunkan bahasa.
Belajar lebih attentive.
Dan mencuba sedaya upaya untuk gembirakan dia.
In short -- I'm his cheerleader.
Mesranya terasa bagai jatuh cinta kali kedua.

Tapi sayang, saya gelojoh.
Perasaan mengingini terlalu kuat, sehingga saya sabotaj diri saya.
Sedangkan masih banyak lg ingin saya beri, kongsi dan tunjuk pada si dia.
Banyak sangat. Tapi mungkin ini yang dikatakan Tuhan; bukan jodoh dan rezeki kita, bukan masanya.
Kehilangan cinta, saya kira saya masih mampu jadi kuat.
Tapi perasaan kehilangan kawan rapat dalam dunia itu yang paling payah dan kuat melekat.

Berkali hati saya asak, cuba hubungi yang kedua, dia memang sayangkan kamu.
Tapi hati ego saya kata jangan.
Tak malu? Kamu yang minta putus, ada hati mahu hubungi semula.
Dia dah tak mahu lah.
Saya silap ;-)

Dia masih mahu.
Lama dia menunggu saya saya datang, menanggung rasa tidak mampu sekadar menjadi sahabat, hanya melukut di tepi gantang.

Dan kali ini, saya yang lambat. Hadirnya saya kembali dalam hidupnya saat si dia sedang menunggu masa menjadi suami orang.
Masih meluah rasa apa yang lama dipendam.
Tapi sayang semuanya sudah terlambat.
*senyum pahit*

Inilah cerita saya. Kehilangan kawan paling rapat dalam dunia.
Dan lelaki yang paling sangat sayangkan saya.
Banyak lagi yang saya mahu tunjuk dan kongsi rasa.

Yang kadang saya rasa bodoh xtahu macam mana nak berfungsi tapi nak tak nak, hidup perlu diteruskan.
Yang pertama, mungkin sudah menikah sekarang.
Yang kedua. Mungkin sedang tunggu masa jadi Ayah.

Dan saya?
Mula berpendapat yang saya ini tidak dipunya sesiapa dalam dunia.
Mula percaya yang jodoh saya menunggu di alam sana.
Mula semat di hati yang tiada siapa mampu fahami dan terima saya yang entah apa2 ni.
Yang sumpah emo ngek.
Mula tidak rasa ada rasional atau logik dalam
Saya penat dan sudah letih.

Untuk yang pertama, terima kasih.
Awak memang banyak jadi 'Yang Pertama' untuk saya.
Maafkan saya kerana kurang memahami.
Maafkan saya tidak dapat menjaga awak dengan baik.
Maafkan saya yang tidak pandai-pandai mengawal emosi.
Maafkan saya kerana kurang percaya. Maafkan saya kerana tidak memberi ruang. Maafkan saya kerana asyik terus mendesak.
Maafkan saya.
*Maaf boleh beri apa pun, kan?*

Yang kedua, ampunkan saya.
Kerana sayang yang kamu limpahkan tidak saya takung seperti yang sepatutnya.
Maafkan saya kerana ego.
Maafkan saya. Kerana terlambat.
Maafkan saya.

Kalaulah saya masih lagi diberi peluang untuk beritahu yang saya mahu jadikan awak segalanya dalam hidup.
Kalaulah masih ada ruang.
Hati ini kadang terlalu penuh dengan rasa cinta, ingin memberi dan melindung yang melampau kuatnya.

Mungkin terlampau ketara meluapnya, sehingga takut orang di sekitar saya.
Atau mungkin hati saya ini kadang boleh jadi sangat 'kering', sehingga tiada ruang sekelumit pun untuk sayang itu datang.
Mungkin.

Untuk awak dan awak, lelaki yang saya sayangi.
Percaya pada cinta itu;
Sudah tidak ada dalam diri saya.

Doakan agar saya bisa mengecap
Walau sekelumit rasa bahagia yang awak capai tika ini
Doakan ya?

1 comment:

Anonymous said...

Jodoh semua di tangan Tuhan...bersabar ye.