Tuesday, September 4, 2012

.Hari ini.

Hari ini, 4 September 2012 -- saya mula menulis kembali.
Lama saya fikirkan, sudah bersediakah saya untuk setiap pelusuk kehidupan saya ditatapi lagi dan lagi?
Mampu saya takung emosi dan perasaan ketika bercerita?
Bolehkah?

Semua titipan terdahulu saya tidak buang.
Saya simpan sebagai 'draft', kenangan dan ingatan -- inilah diri saya dari 2009 sampai sekarang
Malah blog di blogdrive mahupun wordpress belum pernah saya tutup
Dibiar masih. Tapi mungkin selepas ini, wajar ia dimatikan sahaja.

Hidup saya, ditafsirkan dan dizahirkan dengan menulis.
Angan-angan mahu jadi Sasterawan dari kecil tidak pernah hilang.
Orang lain sibuk baca Siri Salma, Lima Penyiasat -- saya sibuk cari himpunan cerita pendek Subjek Bahasa Melayu sebelum ada KBSM (atau zaman KBSM? Kurang pasti pula)
Itu, memang gaya saya.
Cara saya menulis. Skema.
Tidak boleh hantar manuskrip untuk Buku Fixi.
Tetapi mungkin lepas piawaian Puan Ainon *inside jokes*

Saya, sudah semakin malas berhubung dengan kawan-kawan.
Saya, sudah tidak rajin keluar bersosial.
Sejak dari dulu sebenarnya, saya memang suka ada satu 'circle of friends' sahaja
Saya akan cari peluang untuk create gu, set -- whatever u want to call it.

Dan saya jumpa Idebewe.
Terima kasih sugar daddy kesayangan Nedd yang kenalkan saya dengan mereka.
Hal Idebewe, kita cerita lain kali.
Itu, perlu titipan yang istimewa.

Saya jumpa dia yang saya gelar Yang Mulia *inside joke*
Dia yang istimewa.
Siapa kenal saya pasti tahu, angin saya ini satu macam.
Mood swing berubah tak tentu hala.
Tapi dia -- dia tundukkan semua itu.
Dan untuk Yang Mulia, kita kongsi lain kali ya?

Apa lagi ya?
I can say I'm in a really good place at this moment.
Walau kadang rasa I'm neither here nor there
Kejar masa bersama Idebewe, keluarga, rakan serumah, kerjaan dan Yang Mulia
But -- that is the only thing that keep me going

Pasti yang tidak berubah -- I'm still a perfectionist grammar nazi you never want to mess with. Ever!
Haha

*Canggungnya bila mula menulis. Bear with me, ya? Nanti kita pick up balik*

No comments: